Jumaat, 26 Disember 2008

AWAL MUHARRAM MAAL HIJRAH 1430H




Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar, kita sudahpun berada di penghujung bulan Dzul Hijjah 1429 dan tidak lama lagi tahun baru bagi umat Islam, 1430 Hijriyyah akan menjelma dan meninggalkan tahun 1429 di belakang sebagai sejarah buat kita semua. Hari yang berlalu sesungguhnya tidak akan sekali-kali kembali kepada kita. Begitu juga dengan usia kita - pergi tak kembali.


Persoalannya, adakah kita mengambil iktibar tentang perjalanan hidup kita pada tahun ini yang tidak akan kembali lagi? Apakah perasaan kita terhadap tahun yang telah berlalu? Apakah pula persiapan dan azam kita untuk tahun yang bakal menjelma?

Maka sama-samalah kita bermuhasabah diri ini di samping mengambil pedoman daripada pengalaman yang lalu, renungi segala kesilapan dan kesalahan agar kita dapat memperbaikinya untuk tahun baru ini pula. Renungi dan hayatilah penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat dari Makkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang penghijrahan mereka.

Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama juga meng'hijrah'kan diri kita iaitu daripada sikap yang kurang baik kepada yang baik. Daripada sikap yang baik kepada yang lebih baik. Perbaharui niat dan azam kita, semoga kita sama-sama mendapat rahmat Allah SWT, Amin.

Selamat menyambut Awal Muharram 1430H!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA