Khamis, 1 Januari 2009

HARI `ASYURA


Bulan Muharram mempunyai banyak kelebihannya. Antara kelebihannya ialah bulan ini diharamkan berperang. Selain itu, bulan ini juga mempunyai satu hari yang dinamakan Hari `Asyura iaitu pada 10 Muharram. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa pada Hari `Asyura (hari yang ke-10 dalam bulan Muharram) kami berharap Allah akan mengampunkan dosa-dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."


Puasa Hari `Asyura ada tiga peringkat, iaitu:-
  1. Sunat puasa tiga hari (9, 10, dan 11 Muharram)
  2. Sunat puasa dua hari (9 dan 10 Muharram)
  3. Sunat puasa sehari sahaja (10 Muharram)
Kita sememangnya digalakkan berpuasa pada Hari `Asyura kerana orang Yahudi juga berpuasa pada hari tersebut kerana sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani membuat pesta pada hari tersebut bagi menyambut kelahiran Nabi Musa kerana Firaun gagal mengalahkan baginda. Puasa Hari `Asyura ini mempunyai tiga peringkat kerana untuk membezakan puasa kita dengan puasa agama yang lain seperti Yahudi. Berikut ialah senarai tiga belas perkara sunat yang boleh dilakukan pada Hari `Asyura (kalau rajin buatlah semua ni):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadhilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak henti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat Hari `Asyura kerana Allah Ta`ala."
  9. Bercelak. Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Surah Al-Ikhlas sehingga akhir sebanyak 1000 kali. Fadhilatnya - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat Hari `Asyura empat rakaat kerana Allah Ta`ala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah hendaklah dibaca Surah Al-Ikhlas sebelas kali.
  12. Berpuasa sunat. Niat: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari `Asyura kerana Allah Ta`ala." Fadhilatnya - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah, dan seribu kali syahid serta diharamkannya daripada neraka.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Sekian sahaja daripada saya. Semoga segala amalan kebaikan yang kita lakukan dalam tahun ini diterima oleh Allah SWT, Insya-Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA