Selasa, 9 Disember 2008

PERKARA SUNAT HARI JUMAAT

http://masando.files.wordpress.com/2008/06/masjidil20haram.jpg

Ketahuilah bahawa hari Jumaat adalah hari yang paling agung yang Allah SWT sengaja jadikannya sebagai tanda kebesaran Islam dan diistimewakan pula untuk kaum Muslimin. Dalam hal ini Allah berfirman:

"Apabila dipanggil untuk solat hari Jumaat, maka berangkatlah untuk berzikir kepada ALLAH dan tinggallah berjual beli itu." (Surah Al-Jumu`ah ayat 9)

Jelaslah bahawa di saat itu keharaman bekerja untuk urusan keduniaan atau melakukan segala yang menyebabkan terlalainya pergi untuk bersembahyang Jumaat sebagai contoh kita sebagai hamba yang leka dengan hal-hal dunia sebagai contoh rancangan televisyen yang sentiasa mengajak kita berhadapan dengan maksiat. Sabda Rasulullah SAW:

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat"
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Barangsiapa meninggalkan solat Jumaat 3 kali tanpa adanya keuzuran, maka Allah telahpun menutup pintu hatinya"
(Diriwayatkan oleh Ahmad Ashabus Sunan & Hakim)

http://pedia.muftisays.com/images/f/f5/MasjidAnNabawi.jpg

Pada hari Jumaat disunatkan:-
  • Mandi iaitu dilakukan pada waktu yang terdekat kemudian berangkat ke masjid supaya jarak waktu kebersihan dengan waktu melakukan solat adalah panjang.
  • Mencukur rambut.
  • Memendekkan kuku.
  • Mengenakan haruman.
  • Mengenakan pakaian yang terbaik.
  • Setelah masuk ke masjid, maka bersembahyanglah dua rakaat, sekalipun Imam sedang berkhutbah.
  • Mencari saf yang pertama yang mempunyai banyak keistimewaan.
  • Dimakruhkan melakukan solat di pasar atau di lantai yang berada di luar masjid.
  • Memperbanyak selawat ke atas Nabi SAW serta malam Jumaat.
  • Memperbanyak sedekah pada hari Jumaat.
Pada hari Jumaat inilah kita sepatutnya menggunakan dengan sebaik mungkin, dengan disertakan bermacam-macam perbuatan yang baik, kerana Allah SWT itu sangat menyukai hamba-hambanya yang mengabdikan diri kepada-Nya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA