Isnin, 21 Disember 2009

HIJRAH UNTUK KEGEMILANGAN DIRI


Setiap tahun, umat Islam akan menyambut Ma`al Hijrah. Kita menyambut Ma`al Hijrah sebagai memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Makkah ke Madinah. Penghijrahan ini juga mempereratkan persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan Ansar. Selain itu, Nabi-nabi terdahulu turut melakukan penghijrahan. Misalnya, Nabi Nuh AS berhijrah ketika berlaku banjir besar.

Daripada sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Manakala daripada susut istilah pula, hijrah ialah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Dengan kata lain, hijrah bermaksud meninggalkan perkara yang buruk dan melakukan perkara yang baik.

Untuk menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa dan berjaya di dunia dan di akhirat, kita perlulah berhijrah. Kita perlu berhijrah dan meninggalkan segala sikap buruk seperti malas, suka menipu, nakal, dan sebagainya. Kita perlu berubah menjadi orang yang rajin, bersopan-santun, jujur, dan banyak lagi sifat mulia yang perlu kita amalkan. Allah amat menyayangi hamba-Nya yang ingin berubah menjadi lebih baik. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (Surah al-Baqarah 2:218)

Ahad, 6 Disember 2009

JANGAN MAKAN SARDIN



(Kisah ini diceritakan daripada seorang hamba Allah yang tidak dikenali)

Saya dilahirkan daripada keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Sewaktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap, maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh serta membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempoh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.


Tabiat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus daripada makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya, "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Suatu ketika setelah lama saya tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengah hari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Sya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama-kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah, dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan makan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen Sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama tiga hari tiga malam secara berterusan, Insya-Allah kita akan mendapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama tiga hari tiga malam juga. Keputusannya tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan daripada tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulangnya lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka makan ikan sardin.


Apakan ancaman kepada manusia apabila makan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap datang ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar makan ikan sardin dan mi segera. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlaukkan ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mi segera sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini kehilangan rahimnya semenjak usia awal 40-an. Begitulah, jikalau seseorang kerap makan ikan sardin terutama sekali orang perempuan, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim Insya-Allah akan diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian tubuh yang lain. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyka menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan, tiba-tiba dia mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan sardin. Akibat daripada tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia (kalau tidak silap saya) tiga bulan. Begitulah azab diperolehi daripada tabiat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana isu makan sardin inilah antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama daripada saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya dapat dibuang. Alhamdulillah, kini hamba Allah ini telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat daripada Allah SWT walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman sekalian, cubalah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara-mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah pemakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekalian memboikot makan ikan sardin. Insya-Allah, moga-moga Allah menjauhkan diri kita daripada terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid, atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Ahad, 22 November 2009

PENUBUHAN IFC


1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
  • Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  • Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  • Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  • Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  • Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  • Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  • Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
  • Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  • Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  • Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
  • Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  • Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang- orang bukan Islam.
  • Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

#Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

#Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
* Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
* Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
* Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
* Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
* Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
* Deklarasi Vienna dan plan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

#Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

#Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

#IFC berhak menentukan status agama seseorang.
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

7. Apakah sikap kita?
Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.


Dipetik dari
ABIM Online

Sabtu, 17 Oktober 2009

GEMPA BUMI DI PADANG DAN KAITANNYA DENGAN AL-QURAN


Astaghfirullah al-`Azim. Akuilah Allah Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Adil dan, Maha Berhak atas apa yang Dia kehendaki.

Waktu kejadian gempa bumi di Padang ialah September 30, 2009 jam 17:16 - 17:17
(bukti waktu di http://en.wikipedia.org/wiki/2009_Sumatra_earthquakes dan http://www.thejakartapost.com/news/2009/09/30/magnitude-76-shakes-w-sumatra.html)

Gempa bumi susulan di Padang berlaku pada 42 minit selepas yang pertama iaitu September 30, 2009 jam 17:58

Kemudian Allah menggegarkan Jambi pada Oktober 1, 2009 jam 08:52
(bukti waktu di http://www.thejakartapost.com/news/2009/10/01/strong-earthquake-shakes-jambi.html)

Mari kita tengok pula Ayat al-Quran berdasarkan waktu-waktu tersebut.

17:16-17:17
Surah ke 17: Surah al-Israa’ ayat ke 16-17:
"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (16) Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. (17)"

17:58
Surah ke 17: Surah al-Israa’ ayat ke 58:
"Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz). (58)"

08:52
Surah ke 8: Surah al-Anfal ayat ke 52:
"(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. (52)"

Melihat ayat-ayat sebelum dan selepasnya juga:
"Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): Rasalah kamu azab seksa Neraka yang membakar. (50) (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (51) (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. (52) (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (53)"

Profile Jambi

Affinity Bloc: Malay Peoples
People Cluster: Melayu of Sumatra
People Name General: Jambi
Primary Language: Malay, Jambi (984,000 Speakers)
Primary Religion: Islam
Religion Sub-division: Sunni
Jambi tidak jauh bezanya dengan kita di Malaysia iaitu mereka juga bangsa Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Jambi merupakan kawasan sasaran Joshua Project (www.joshuaproject.net), satu projek dakwah Kristianiti yang berselindung di bawah objektif penyelidikan kerana mereka mengenalpasti bahawa penduduk Jambi, meskipun menganut agama Islam dengan juga membaca al-Quran dan hadith, tetapi mereka juga kuat percaya kepada ritual bomoh, dukun dan spiritual.

Moral:
Allah mengasihani hambanya di tempat-tempat berlaku bencana ini; menyelamatkan mereka yang beriman daripada maksiat dan murtad.
Allah memberi balasan di dunia bagi mereka yang melakukan kesalahan.
Allah memberi pengajaran kepada kita di Malaysia dengan menunjukkan kuasanya pada rakan kita (sebangsa, seagama, sebahasa; Melayu, Islam) agar kita di Malaysia jauhi serta hentikan maksiat, malah kita mesti tingkatkan amalan, iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Allah hanya menggegarkan kita sedikit supaya kita diberi masa untuk kembali ke jalan Allah, agar kita sedar dan insaf sebelum terlambat.

Wahai orang-orang Kristian,
Ketahuilah bahawa Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar dan nyata sekali kebenarannya. Allah menjadikan agama Nabi Muhammad iaitu agama Islam itu sempurna dan kekal. Tiada lagi kebenaran jika agama dan wahyu itu diubah suai isi kandungannya. Allah itu Tuhan yang wujud dan benar. Janganlah kamu tergolong dalam kalangan mereka yang rugi iaitu kafir dengan agama Allah, walhal, kamu juga percaya pada Nabi yang sama dengan Nabi yang kami percayai dan beriman. Kamu tidak jauh daripada kebenaran. Pulanglah ke jalan yang benar. Percayalah Allah itu satu-satunya Tuhan yang ada dan Dialah Tuhan yang disembah, serta Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Semoga Allah membuka hatimu dan membawa pulang kamu ke jalan yang diredhai-Nya. Amiin.

Wallahu A`lam.

KOD BABI PADA MAKANAN?!

PENTING UNTUK SEMUA PENGETAHUAN UMAT ISLAM!!!

http://1.bp.blogspot.com/_u3vKyogkXtM/Sfsevj0NcbI/AAAAAAAAPNE/6o5HFf14prw/s400/kod_babi.jpg

Kod-kod ini terdapat pada bungkusan makanan keluaran BUKAN ISLAM yang kita beli tanpa kita sedari kerana tulisannya yang terlalu kecil dan tersembunyi. Maka hendaklah kita berhati-hati semasa membeli barangan ini.

BERWASPADALAH ANDA!!!

SAMBUNG SEMULA PENULISAN


Dah lama ana tak post entry baharu dalam blog ni, al-maklumlah sibuk sesangat waktu hujung tahun ni...

Sabtu, 19 September 2009

SALAM `IDUL FITRI 1430H


PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI PRESIDEN PAS


BAGI
pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan Allah Taala melakukan nuzul al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.


Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan al-Quran.
Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah ini.


Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah dan percaya kepada janji Allah, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah Taala memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.
Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah Taala.


Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan menyungguhkan lagi perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah, yang bermaksud:

"Supaya agama ini zahir, menang, mengatasi segala ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin." (Surah as-Saff: 9)


Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)


Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


RAMADAN DITANGISI, SYAWAL DIINSAFI


Bulan Ramadan yang menjanjikan seribu macam pahala, sering menjadi rebutan setiap insan muslim. Masing-masing mengharapkan ganjaran pahala yang banyak bagi menampung dosa-dosa yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari.

Memenuhi tuntutan serta susulan tazkirah di bulan Ramadan

Fenomena yang sering berlaku di kalangan masyarakat dalam negara ini adalah ketidaksungguhan mereka meneruskan agenda dan aktiviti keagamaan, ia terhenti dengan berakhirnya Ramadan, seolah-olah Ramadan sahaja bulan untuk beribadat sedangkan bulan-bulan lain tidak perlu berbuat demikian.
Inilah kesilapan yang perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa. Allah bagi pandangan mereka hanya wujud pada bulan Ramadan, sedangkan bulan lain bagi tanggapan mereka tidak perlu pengisian rohani. Apabila persepsi ini tidak diubah dari sekarang, mungkin ia akan dianggap betul oleh sesetengah anggota masyarakat. Akhirnya ia menjadi semacam budaya yang merugikan Islam dan umat Islam itu sendiri.


Syawal jadi bulan koreksi diri

Masjid-masjid dan surau-surau kosong dengan pengunjungnya selepas bulan Ramadan, kerana Syawal bagi pandangan sesetengah umat Islam adalah bulan 'rumah terbuka'. Oleh kerana puasa Ramadan juga sebulan, maka berbaloilah apa yang mereka lakukan bagi memenuhi tuntutan nafsu.

Kelas-kelas pengajian seperti ilmu fiqh, akidah tauhid, tafsir, hadis, sirah, tasawwur dan lain-lain hanya dihadiri oleh mereka yang sama juga, itupun tidak berkitab, hanya mendengar. Setiap kali masalah timbul, para penceramah menjadi sasaran untuk diajukan soalan yang sering berulang, sedangkan sepatutnya setiap apa yang didengar perlu dicatat atau berkitab supaya ilmu yang didengar itu bukan hanya ada dalam kitab, malah ia perlu difahami dengan betul sama seperti anak-anak kita belajar di sekolah masing-masing.

Kalau budaya ini berterusan seperti tahun-tahun sudah, maka ia akan melahirkan insan-insan yang tetap sama fahamannya, malah ia tidak meningkat ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

Menurut satu riwayat, kalau amalan hari ini tetap sama dengan semalam, atau amalan esok tetap sama dengan hari ini, maka ia menunjukkan tiada satu pencapaian terbaik digarap oleh umat Islam sebulan dalam tazkirah Ramadan.

Alangkah ruginya masa berlalu, tetapi ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh insan-insan yang kurang prihatin atau peka kepada isu-isu agama mereka, sedangkan banyak persoalan dikemukan oleh para alim ulama’ dalam forum-forum mereka khususnya yang disiarkan menerusi laman-laman web Islam, antara tajuk-tajuk forum yang patut dihadiri oleh umat Islam di bulan Syawal bagi menggilap kemampuan daya berfikir mereka adalah:

1) Mengapa umat Islam berani menentang Allah secara terbuka?
2) Benarkah kita umat yang komited dengan Islam?
3) Benarkah amalan kita diterima Allah sedangkan kita tidak menyumbang kepada Islam?
4) Adakah kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah buat umat manusia sejagat?
5) Mengapa masih terdapat ramai umat Islam tidak menutup aurat?
6) Mengapa Allah bukan matlamat sebenar dalam segenap agenda hidup kita?
7) Mampukah umat Islam mengekang kemaraan musuh-musuh Islam dalam segenap aspek hidup mereka?
8) Dimanakah kita dengan Rasulullah s.a.w.?
9) Mengapa para isteri baginda Rasulullah s.a.w. tidak dijadikan role model kepada muslimah hari ini?
10) Bolehkah kita mati dalam agama Islam?

Dan banyak lagi, yang kiranya apabila umat Islam tidak bersungguh untuk memahami salah satu tajuk di atas sebagai jalan untuk memperkasa diri dengan elemen agama, sudah pasti mereka tidak akan menjadi umat yang berjaya dalam hidup.


Tindakan yang perlu kita buat selepas Ramadan

Justeru, bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar saudara/saudari memastikan beberapa panduan di bawah ini:

1) Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain, memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.

2) Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadan akan datang.

3) Perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.

4) Banyak bergaul dengan golongan para Solihin seperti majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.

5) Memperdalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para Anbiya’, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.

6) Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ‘Ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).

7) Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada’ puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari’e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.

8) Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.

9) Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendiding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.

10) Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma’thurat susunan Imam Syahid Hasan al-Banna.

11) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.

12) Bertaubat lah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.

13) Berhenti dari merokok terutamanya jenama rokok milik Zionis Israel, Amerika dan Britain yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.

14) Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang mengalang diri dari menunaikan solat lima waktu.

15) Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah s.a.w dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.

Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa.

Jumaat, 18 September 2009

LAILATUL QADAR


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadhilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan Nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam al-Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! " (al-Qadr:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israil yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadr dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain `Aisyah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan
Daripada maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan pena dan tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ia memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud, "Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan sebagaimana yang diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa."
Perkara ketiga ialah hikmah daripada anugerah malam al-Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna sekiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan pada sepuluh akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup dan usia kita dalam ibadah.
Mencari Malam Al-Qadar
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-Qadar, dalam kalangan ulama' ada menyatakan bahawa, malam-malam ganjil tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27, dan 29 daripada bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-Qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawa
b pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya dia bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu pada malam 27 Ramadhan.
Daripada keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan kita di akhirat.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam daripada belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu meningkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah pada sepuluh akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Isnin, 7 September 2009

NUZUL AL-QURAN



Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang seringkali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar al-Kubra (berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijriyyah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan puasa Ramadhan).

Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

'Al-Quran' bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal Tauhid, Ibadat, Jinayyat, Mu`amalat, Sains, Teknologi, dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'al-Quran mukjizat akhir zaman' atau 'al-Quran yang mempunyai mukjizat'. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran, tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah SWT, "Dan tidak seekor binatang pun yang melata di muka Bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (al-An`am: 38)

Al-Quran adalah Hidayah, Rahmat, Syifa', Nur, Furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya yang menerangi. Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan az-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-`Alaq yang bermaksud, "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-`Alaq: 1-5)

Ahad, 30 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-52

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafa`kan kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta inayah-Nya dapat kita sama-sama mengecapi nikmat kemerdekaan selama 52 tahun. Tarikh 31 Ogos 2009 ini merupakan tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang G3 (Gah, Gempaq, Giler) di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara yang tercinta.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan kemerdekaan yang telah dicapai dahulu tidak hilang begitu sahaja.

Tetapi apa yang berlaku merupakan sebaliknya. Dewasa ini, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri sendiri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung di negara ini, Malaysia akan menjadi kelam.

Fikirkanlah! Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan terlalu alpa dan leka dengan nikmat duniawi kerana ia tidak kekal. Cintailah akhirat kerana akhirat merupakan tempat yang kekal dan abadi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52.


Sabtu, 29 Ogos 2009

PENYELEWENGAN FAKTA OLEH REJIM YAHUDI


*Sila klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas

Khamis, 27 Ogos 2009

LEBIH LIMA RIBU RAKYAT RAI KEMENANGAN SALLEH MAN










Lebih lima ribu rakyat Permatang Pasir membanjiri perkarangan Markaz Induk Pas di sini meraikan kemenangan bergaya wakil rakyat baru mereka Mohd Salleh Man yang menewaskan calon Umno-BN Rohaizat Othman.

Perkarangan markaz berkenaan mula dibanjiri seawal jam 9 malam. Ketibaan Mohd Salleh disambut dengan laungan ‘takbir’ di kalangan hadirin yang hadir selain ucapan taniah dari pelbagai kaum. Hadirin melaungkan hasrat untuk bertemu dan mendengar ucapan kemenangan dari Salleh Man.

Pimpinan Pakatan Rakyat turut turun meraikan kemenangan ini. Antara yang hadir termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar serta Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim.

Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, pengundi di Permatang Pasir telah membuktikan kebijaksanaan mereka dengan memilih Salleh Man untuk menjadi Adun di kawasan berkenaan.

“Ini bukti pengundi boleh membezakan mana yang palsu dan mana yang betul, boleh bezakan yang hitam dan yang putih.

“Hari ini kita boleh lihat BN sudah pecah tembelang, lidah biawak bercabang dua,” katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai angin perubahan yang bertiup dalam politik Malaysia.

Menurutnya, kemenangan tersebut sangat bersejarah bagi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kerana membuktikan kekalahan teruk Perdana Menteri Najib Razak yang gagal dalam kempen 1 Malaysianya, lebih-lebih lagi Timbalan beliau, Muhyiddin Yassin.

Ini memperlihatkan kekuatan Pakatan Rakyat untuh hingga berjaya mematahkan konspirasi Umno untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat.

“Mereka gagal dan terus gagal kerana Pakatan Rakyat akan bersatu berjuang hingga berjaya dalam pilihan raya akan datang dan akan terus ke Putrajaya menggantikan BN,” katanya.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau kecewa dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengulas mengenai keputusan pilihan raya ini.

Mahfuz menjelaskan, sebagai seorang pemimpin Muhyiddin tidak boleh memaksa pengundi membuat keputusan kerana ia merupakan hak rakyat.

“Bila orang tidak mengundi mereka, dia kata tidak mahu berubah, rakyat Permatang Pasir tidak mahu perubahan. TPM kecewa sikap pengundi tidak mahu pembaharuan.

“Ini apa punya TPM bila rakyat tidak mengundi dia, dia kata rakyat tidak mahu pembangunan tidak mahu perubahan. Ini hak rakyat tidak boleh kata bila rakyat tolak BN rakyat tolak pembangunan,” katanya.

Mahfuz menambah, kenyataan yang dibuat seolah-olah memperlihatkan kerajaan cuba lari dari tanggungjawab membela rakyat seperti yang dijanjikan di Permatang Pasir.

Salleh Man yang berjaya menewaskan calon Umno-BN dengan majoriti 4551 undi dalam ucapannya yakin dengan sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat membuktikan kemenangan sebenar mereka dalam pilihan raya pada kali ini.

"Kemenangan ini kemenangan semua dan kemenangan bersama. Dengan semangat dan kekuatan besar Pakatan Rakyat di seluruh negara berkampung di di sini membolehkan kita mendapat kejayaan besar. Inilah kejayaan sebenar.

“Pas selaku satu-satu wakil parti dalam Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama dan membantu memantapkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya. TVA

Rabu, 26 Ogos 2009

TAFSIRAN LOGO MADRASAH IDRISIAH


Bagi sesiapa yang hendak mengenali madrasah ini dengan lebih mendalam, bolehlah melawat ke laman web Madrasah Idrisiah Bukit Chandan. Berikut merupakan tafsiran logo Madrasah Idrisiah, iaitu madrasahku yang tercinta:-
  1. Warna logo melambangkan warna negeri Perak.
  2. Warna hijau melambangkan kesucian agama Islam.
  3. Buku melambangkan luasnya ilmu Allah dan bagaimana pelajar mengharungi gelombang dugaan untuk mencapai matlamat yang satu.
  4. Bulan sabit yang melingkari buku dan lautan memperlihatkan kelengkapan dan kesejahteraan agama Islam yang sejati.
  5. Kedudukan buku di tengah-tengah bendera menampakkan kepentingan ilmu untuk melahirkan generasi pelajar yang lebih sempurna, mantap, dan bersyakhsiah tinggi bagi mentadbir negara ke arah tamadun yang unggul dan syumul.

Sabtu, 22 Ogos 2009

FADHILAT DAN KEISTIMEWAAN RAMADAN


1. Bulan agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah (puasa, tarawih, sedekah, iktikaf, doa, munajat, tadarrus, dan sebagainya).

2. Bulan keampunan, rahmat, keberkatan dan janji pelepasan dari api neraka.

3. Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa, dan sebagainya serta dapat meningkatkan sifat sabar, tabah, belas kasihan, dan sebagainya.

4. Bulan di dalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

5. Bulan permulaan Al-Quran diturunkan (Nuzul Al-Quran).

6. Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.

7. Bulan syaitan diikat dan dibelenggu.

8. Bulan pahala ibadah dilipatgandakan. Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardhu dan amalan fardhu pahalanya digandakan sehingga 700 kali ganda.


SIKAP NEGATIF SEBAHAGIAN UMAT ISLAM PADA BULAN RAMADAN

))) Berpuasa sebagai adat bukannya ibadat. Faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadah puasa.


))) Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah, dan sebagainya masih dilakukan.


))) Meninggalkan kelebihan bersahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subuh.


))) Ibadah solat fardhu dan sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja.


))) Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat Tarawih dan Witir, tetapi meninggalkan solat fardhu.


))) Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja seperti membaca Al-Quran, tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.


))) Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada awal Ramadan sahaja, sedangkan banyak hadis yang menyatakan tentang kelebihan sepuluh hari terakhir, antaranya terdapat Lailatul Qadar.


))) Membaca Al-Quran hanya pada bulan Ramadan sahaja dan berakhir dengan berakhirnya Ramadan.


))) Membaca Al-Quran tanpa berusaha untuk menghayati dan memahami isi kandungannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.


))) Menghabiskan sebahagian besar masa pada bulan Ramadan dengan amalan yang sia-sia seperti menonton televisyen, bersiar-siar, berbual kosong, dan sebagainya.

))) Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara se-Islam yang lain. Mereka terus dengan sifat bakhil dan kedekut.

))) Mensia-siakan kelebihan sepuluh akhir Ramadan termasuk meninggalkan amalan takbir hari raya pada malam hari raya kerana sibuk dengan program-program yang melalaikan.


))) Tidak mengeluarkan zakat fitrah di samping zakat harta. Sedangkan zakat merupakan ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa.

))) Melewat-lewatkan pengeluaran zakat fitrah, sedangkan Rasulullah SAW menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.


Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN... KETIBAANMU DINANTIKAN


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah:2:83)

"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Persiapan Menyambut Ramadhan

Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan

Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan kali ini dengan baik dan diterima oleh Allah SWT.

Mengulang kaji semula ilmu berkaitan dengan puasa
Meneliti semula rukun, syarat, sunnah, adab-adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna.


Menguatkan azam

Menguatkan keazaman dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sesempurna mungkin. Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan, membersihkan diri daripada segala noda dan dosa serta menghiasi diri dengan segala sifat yang mulia.

Memperbanyak doa

Banyakkanlah doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas, jujur, dan tawadhu`.

Berazam menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam

Contohnya seperti membazir dalam membeli juadah berbuka puasa, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya.


Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan

Bertekad supaya dapat menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang telah kita semai dan suburkan pada bulan Ramadhan supaya tidak cacat dan rosak dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.

Senarai Semakan Amalan pada Bulan Ramadhan

  • Iftar bersama
  • Tilawah
  • Tadarrus
  • Solat Tarawih
  • Qiyamullail
  • I`tikaf
  • Bersedekah
  • Menambah ilmu
  • Eratkan Silaturrahim
  • Menghayati Perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA