Ahad, 25 Januari 2009

PESANAN BUAT MUSLIMAH


SATU PESANAN buat MUSLIMAH yang DIKASIHI
Kalau an
ti seorang yang menutup aurat, ALHAMDULILLAH ana ucapkan...
Tapi INGATLAH bahawa anti terlepas pandang akan hal remeh ini...
Ha
tta anti memakai JUBAH, PURDAH atau TUDUNG labuh sekalipun,
An
ti lupa akan satu hal yang begitu kecik sekali...
Yakni, KAKI...


Ejaan hanya empa
t huruf, dengan berada di bawah pandangan orang, anti terlupa untuk menutup KAKI anti...

"Seluruh badan wani
ta ialah aurat, kecuali muka dan telapak tangannya sahaja."

Jadi, KAKI
tergolong dalam aurat yang tidak boleh didedahkan sama sekali...

Rasulullah SAW
telah menggambarkan orang yang suka MENDEDAHKAN AURATNYA sebagai "DAGING YANG BUSUK" yang hanya menunggu "ANJING GILA" datang memakannya.

PENYELESAIANNYA???
Senang sahaja, pakai la STOKIN a.k.a. SARUNG KAKI sepanjang masa... ;)

"Hukum Allah bukanlah un
tuk dipermainkan oleh manusia. Oleh itu, apabila kita menerima sesuatu hukum daripada Allah (Al-Quran dan As-Sunnah), WAJIB kita beramal dengannya tanpa berfikir-fikir lagi.

Kerana... "TIADA UNDANG-UNDANG YANG LEBIH BAIK DARI UNDANG-UNDANG ALLAH."

Sabtu, 24 Januari 2009

PENINGGALAN NABI MUHAMMAD SAW

Inilah sebahagian daripada milik Nabi Muhammad SAW yang masih tersimpan untuk tatapan umum. Allahumma Solli `Ala Sayyidina Muhammad, Wa `Ala Alihi Wa Sohbihi Wabarik Wasallim...

Jumaat, 2 Januari 2009

DI SEBALIK SUJUD

http://abusoleh.files.wordpress.com/2007/11/gambar-sujud.jpg

Sujud adalah salah satu daripada rukun sembahyang. Tanpa sujud, maka cacatlah sembahyang seorang hamba itu dan tidak diterima oleh Allah Taala. Pernahkah kita terfikir kenapa kita perlu sujud? Apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik sujud? Junjungan besar Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Sehampir-hampir hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang bersujud. Oleh itu banyakkanlah doa ketika itu."

Ketika sujud, seorang hamba yang mengerjakan sembahyang bermaksud mahu keluar dari segala dosa-dosanya dan ingin mendekatkan diri kepada Penciptanya. Di kala itu dia sebenarnya telah melontarkan dirinya di hadapan Allah dengan penuh ketundukan dan kepatuhan. Oleh sebab itulah seseorang itu sanggup meletakkan wajah dan kepalanya yang sentiasa dijunjung ke atas muka bumi, sama paras dengan kakinya yang sentiasa dipijak. Semuanya adalah semata-mata kerana Allah Taala. Tiada yang lain melainkan-Nya sahaja.

Apabila sujud, seseorang itu berada pada taraf yang paling rendah, tapi hakikatnya Allah telah meletakkannya pada kedudukan yang palin hampir dengan-Nya. Di saat itu juga Allah telah memuliakannya dan diletakkan di bawah naungan kebaikan dan kebajikan-Nya. Allah juga turut merahmati mereka yang tunduk lemah kepada-Nya dan menyerahkan seluruh jiwa dan raga hanya untuk-Nya dan mengharap hanya pada-Nya.

Bersujudlah kita kepada Allah. Bukan sahaja dalam sembahyang, bahkan dalam semua aspek kehidupan kita. Ketahuilah, semua makhluk di muka bumi ini tunduk kepada-Nya. Malah mereka lebih patuh lagi jika dibandingkan dengan manusia yang diberi nikmat akal fikiran yang cukup dan sempurna.

Alangkah kerdil dan hinanya kita! Jadi wajarkah kita bersikap angkuh dan takbur sesama manusia? Apatah lagi dengan Allah Taala. Memang manusia mudah lupa. Selalu sahaja tidak sedar tentang hakikat ini. Akibatnya mereka hidup di muka bumi Allah dengan penuh rasa megah dan takbur. Tidak cukup sekadar bersifat takbur sesama manusia, malah ada juga yang berbuat begitu kepada Allah. Lupa asal-usul mereka. Lupa dari manakah segala nikmat yang mereka perolehi. Mereka sanggup melanggar syariat Allah, meninggalkan suruhan-Nya, dan memandang ringan terhadap apa yang telah diwajibkan.

Sepatutnya pengajaran daripada sujud dapat memberi kita keinsafan dan kesedaran. Sudah jelas bahawa kita adalah insan yang kerdil lagi hina. Kita tidak punya apa-apa. Kita hanyalah seorang musafir dan segala yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata!

Jadi, SEDARLAH WAHAI MANUSIA!!!

Khamis, 1 Januari 2009

HARI `ASYURA


Bulan Muharram mempunyai banyak kelebihannya. Antara kelebihannya ialah bulan ini diharamkan berperang. Selain itu, bulan ini juga mempunyai satu hari yang dinamakan Hari `Asyura iaitu pada 10 Muharram. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa pada Hari `Asyura (hari yang ke-10 dalam bulan Muharram) kami berharap Allah akan mengampunkan dosa-dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."


Puasa Hari `Asyura ada tiga peringkat, iaitu:-
  1. Sunat puasa tiga hari (9, 10, dan 11 Muharram)
  2. Sunat puasa dua hari (9 dan 10 Muharram)
  3. Sunat puasa sehari sahaja (10 Muharram)
Kita sememangnya digalakkan berpuasa pada Hari `Asyura kerana orang Yahudi juga berpuasa pada hari tersebut kerana sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani membuat pesta pada hari tersebut bagi menyambut kelahiran Nabi Musa kerana Firaun gagal mengalahkan baginda. Puasa Hari `Asyura ini mempunyai tiga peringkat kerana untuk membezakan puasa kita dengan puasa agama yang lain seperti Yahudi. Berikut ialah senarai tiga belas perkara sunat yang boleh dilakukan pada Hari `Asyura (kalau rajin buatlah semua ni):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadhilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak henti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat Hari `Asyura kerana Allah Ta`ala."
  9. Bercelak. Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Surah Al-Ikhlas sehingga akhir sebanyak 1000 kali. Fadhilatnya - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat Hari `Asyura empat rakaat kerana Allah Ta`ala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah hendaklah dibaca Surah Al-Ikhlas sebelas kali.
  12. Berpuasa sunat. Niat: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari `Asyura kerana Allah Ta`ala." Fadhilatnya - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah, dan seribu kali syahid serta diharamkannya daripada neraka.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Sekian sahaja daripada saya. Semoga segala amalan kebaikan yang kita lakukan dalam tahun ini diterima oleh Allah SWT, Insya-Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA