Ahad, 22 Februari 2009

DOA ZURIAT

http://3.bp.blogspot.com/_qzsn4_G8vdY/SMoiHICe1oI/AAAAAAAAA-4/RlFgaqLowZ8/s400/Amalan+Sunat+Selepas+Kelahiran+Zuriat.jpg

Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam Al-Quran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah SWT untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Zakaria AS, masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.


Doa Nabi Ibrahim AS

"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajatku, berikanlah permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosaku."

Doa Nabi Zakaria AS

"Tuhanku, janganlah Engkau tinggalkan daku seorang diri padahal Engkau Tuhan yang paling baik daripada segala orang yang mewarisi.
" (Surah Al-Anbiya' 21:89)

"Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-Mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat mendengar doa." (Surah Ali `Imran 3:38)



http://erickningrat.files.wordpress.com/2008/05/bayi_lucu.jpg

Doa sebelum persetubuhan

"Dengan nama Allah, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)."

Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar daripada gangguan syaitan ke atas janin kerana diriwayatkan bahawa syaitan boleh mengganggu apabila pembentukan janin berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA