Sabtu, 2 Mei 2009

KASIH IBU


Ini adalah mengenai NILAI kasih ibu. Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangannya di apron sambil menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya:

Kos upah membantu ibu:-

  1. Tolong pergi kedai RM4.00
  2. Tolong jaga adik RM4.00
  3. Tolong buang sampah RM1.00
  4. Tolong kemas bilik RM2.00
  5. Tolong siram bunga RM3.00
  6. Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah: RM17.00

Selesai membaca si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu yang berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama
  1. Kos mengandung selama 9 bulan PERCUMA
  2. Kos berjaga malam kerana menjagamu PERCUMA
  3. Kos air mata yang menitis keranamu PERCUMA
  4. Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu PERCUMA
  5. Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis, "telah dibayar" pada muka surat yang ditulisnya.

Ingat tak lagu "Buatmu Ibu"? Kalau nak dengar kat bawah ada lagu ini. Kalau kamu menyayangi ibumu, FORWARDkanlah mesej ni kepada teman-temanmu seberapa banyak yang boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA