Rabu, 3 Jun 2009

MENGHORMATI AZAN



Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati..... Mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri..... Mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri!!!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah, yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah tersebut ketika nyawanya dicabut, Allah akan menjanjikan syurga untuknya.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

UPDATED: Harap maaf, artikel di atas terpaksa disita kerana hadis yang dinyatakan di atas adalah maudhu' / palsu. Just buang yang keruh, ambil yang jernih. Allahu a'lam~ ^_^

"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia. Lancarkanlah lidah kami mengucap La Ilaha Illallah semasa sakaratul maut menghampiri kami....." Amin ya Rabbal `Alamin.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA