Jumaat, 3 September 2010

RAMADAN, PEMERGIANMU DITANGISI...


Semarakkan Ibadah pada Sepuluh Akhir Ramadan

  • Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
  • Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.
  • Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada `Aisyah RHA yang bermaksud: "Adalah Rasulullah SAW apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadan) baginda akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri)" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Mandi antara Maghrib dan `Isyak serta menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutamanya pada malam-malam ganjil.
  • Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".
  • Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Diriwayatkan daripada Ibnu `Umar RHMA katanya: "Biasanya Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan".
  • Membayar zakat fitrah, zakat harta, dan zakat pendapatan. (P/S: Zakat Fitrah RM7 bagi Daerah Kuala Kangsar)
  • Memperbanyak sedekah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan dalam sebuah hadis, antara tanda-tandanya ialah:
  1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
  2. Terbit matahari pada pagi esoknya dalam keadaan putih bersih bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
  3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya walaupun matahari sangat cerah dan terang-benderang.

Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar

  1. Supaya kita berusaha mendapatkannya.
  2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
  3. Memperbanyak doa untuk memperolehinya.
(Untuk info tambahan mengenai Lailatul Qadar, sila klik di sini)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA