Khamis, 22 Disember 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising

Perempuan, stokin pun kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Confirm tak tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool je

Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pun susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit

Cuba tengok budak lelaki, selamba je

Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je

Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat je sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yang paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan

Siapa yang paling teruk menangis

Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, banyak perempuan yang merajuk dengan Allah

Diorang cakap, Allah tak adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, banyak perempuan kat luar sana yang bebel

Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, "Lelaki tak payah tutup pun!"

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

Masya-Allah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

"Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya"

Kita tak pernah dengar orang cakap:

"Di sebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya"

Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah!

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah-indah hiasan tu ialah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum Adam, hargailah wanita yang sentiasa berada di sisimu. Bimbinglah dia. Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia dari tulang rusukmu. Lindungi dia dari fitnah dunia. Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi... ~

Selasa, 6 Disember 2011

TEGUR-MENEGURLAH



"Orang yang dapat menegur orang lain ialah orang yang sedia menerima teguran orang lain."


Ayat di atas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, baik dalam pemerintahan kerajaan, dalam syarikat-syarikat, mahupun dalam persatuan-persatuan di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku; bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagikan kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang langsung tidak suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan didengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya sesetengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut. Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut ialah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu dituju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu; persepsi kita lain, persepsi orang pula lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda ialah orang yang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya beginilah resam kehidupan kita."

Manusia memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang di sekeliling ialah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat...

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Banyak yang tidak mampu melakukannya. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya tiga jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya...

~selawat~

Sumber: iLuvislam

"Saudara yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu ketika susah dan senang. Dia membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa saja untuk kepentinganmu..."

Sabtu, 5 November 2011

SALAM `IDUL ADHA 1432H



Assalamu `alaykum kepada semua sahabat atau pelayar blog ana yang dirahmati Allah SWT sekalian. Pertama sekali ana ingin memohon berjuta-juta kemaafan kepada antum kerana sudah sekian lama ana tidak meng'update' blog ini. Maklumlah, pelajar asrama. Lebih-lebih lagi ana baru saja usai Peperiksaan Akhir Tahun Selaras SBP Tingkatan Empat 2011 di i-KUPs (cari ler sendiri maknanya). Alhamdulillah, kini tumpuanku di atas kertas berhenti untuk seketika dan kini mencari semula ketenangan yang telah menghilang (cewah~). Justeru, tanpa membuang sama, ana ingin menaburkan madah di sini untuk menguntaikan 'Selamat Menyambut `Idul Adha' kepada semua. Ayuh kita sama-sama mendengar dan menghayati lagu mantap hasil nyanyian brader Irfan Makki, sahabat seperjuangan Maher Zain sempena hari raya yang mulia ini. Jom layan~

Jumaat, 16 September 2011

SIAPAKAH MAT INDERA YANG SEBENARNYA?



Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu.


Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.

Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.

Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja – seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka – Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey – seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib – rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis.


Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.

Ahad, 28 Ogos 2011

SALAM `IDUL FITRI 1432H


Pada kesempatan yang penuh barakah ini, ana sebagai pemilik blog (hakikatnya Allah SWT jua Yang Maha Memiliki blog ini) ingin mengungkapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua pengunjung blog yang setia dan dikasihi serta dirahmati oleh Allah SWT, Insya-Allah~ Bersama-sama post ini ana sertakan muzik video Maher Zain yang terbaru, Ya Nabi Salam Alayka. Sama-sama kita hayati liriknya~ :)

Ahad, 31 Julai 2011

SELAMATKAH "SELAMAT HARI RAYA" KITA?



.::Dipetik dari Majalah Solusi Isu No. 34, isu khas sempena Ramadan dan Syawal halaman 6 ruangan 'Salam Editor'. Walaupun `Id al-Fitr belum menjelma, namun atas kesuntukan masa ana sebagai budak asrama, maka ana akan menulis post ini lebih awal daripada biasa. Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak 1432H ^_^::.

Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan. Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam. Azam untuk melakukan yang terbaik. Namun begitu, mengapa nafsu masih tidak jinak? Amukannya masih buas dan liar. Peluang keemasan terlepas dan terbiar.

Azam yang membara menjadi kendur dan akhirnya terbentur. Hati menjadi korban dalam perang maha dahsyat dalam diri. Mulut, telinga, mata, hidung, dan seluruh diri masih tegar dan rela dengan dosa. Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Kesan pada jiwa dan pancaindera masih di takuk lama.

Kita teringat sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan perbuatan Rasulullah SAW yang sedang menaiki mimbar, lalu baginda menyebut "amin" sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin" sebanyak tiga kali?

Rasulullah SAW menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi:

  • Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
  • Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
  • Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.
Ah, malangnya jika kita termasuk dalam tiga golongan itu! Lalu, apakah kekesalan pada Ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini? Hingga dengan itu apabila takbir Syawal bergema, kita sayu kerana terasa Ramadan telah pergi meninggalkan diri kita yang masih bergelumang dosa. Rupa-rupanya, kita masih berangan-angan dengan rahmat dan pengampunan Allah tanpa berjuang penuh kesungguhan. Kita kalah kerana selalu mengalah di jalan mujahadah.

Malangnya, tidak banyak antara kita yang menyedari hakikat ini. "Mood" hari raya kadangkala sudah menenggelamkan keberkatan Ramadan yang belum pun tiba. Beradabkah kita dengan Allah? Bayangkan dua orang tetamu sedang menuju pintu rumah kita. Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan, sementara seorang lagi berjalan di belakang. Siapakah yang patut kita alu-alukan dahulu?

Tentulah yang di hadapan. Sudahlah dia lebih mulia, dia pula berjalan di hadapan. Tentulah tidak beradab kalau kita mengalu-alukan tetamu yang di belakang dan meminggirkan tetamu yang berjalan di hadapan. Begitulah kita selalunya. "Tetamu" Ramadan yang lebih mulia dan awal sering dipinggirkan kerana sibuk membuat persiapan menyambut Syawal. Akibatnya, amalan tadarrus, tarawih, qiyamullail, iktikaf, dan lain-lain amalan mulia terencat oleh kesibukan menyediakan baju raya, kuih raya, duit raya, dan lain-lain.

Hari raya ialah hari kemenangan dan kesyukuran, bukan hari kekalahan yang mempamerkan kekufuran. Namun, itulah yang berlaku kini. Pada hari raya terserlah segala "kekalahan-kekalahan" kita. Zikir kita dengan kalimah takbir, tahmid, dan tasbih telah digantikan dengan nyanyian dan tarian yang melalaikan. Pendedahan aurat, pergaulan bebas, pembaziran, dan lain-lain perbuatan dosa dan sia-sia sudah begitu dominan dan membudaya.

Dengan segala bentuk kemungkaran itu, selamatkah kita pada hari raya ini? Maksudnya, bukan saja selamat dari kemalangan jalan raya ataupun mercun raya, tetapi yang lebih penting adakah kita selamat dari neraka dan masuk syurga? Justeru, Solusi 34 menawarkan peluang bermuhasabah... Sekiranya ini Ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya?

Pahrol Mohamad Juoi
Ketua Editor Majalah Solusi

Sabtu, 30 Julai 2011

RAMADAN FIESTA 1432H






Kemasukan baru ke universiti...

Tarikh : 1 Ogos 2011

Nama U : University of Ramadhan Al-Mubarak

Course wajib : Berpuasa

Course special : Tarawih

Course tambahan : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah, dan sebagainya

Kelulusan : Ijazah Ketaqwaan Kelas Pertama

Konvo : 1 Syawal

*Extra... Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master course : Puasa 6 hari bulan Syawal

Sabtu, 2 Julai 2011

HASSAN JUARA IMAM MUDA MUSIM KEDUA

Mohd Hassan (kiri) dinobatkan Imam Muda Musim Kedua di Pusat Islam, Kuala Lumpur, malam tadi. Naib juara, Nazarul Izwan.

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, malam tadi.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadis), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menewaskan Nazarul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah.

Dengan kemenangan itu, Mohd Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU); sebuah kereta Proton model Exora; pakej menunaikan ibadat haji dan umrah; pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej perabot jati bernilai RM15,000; wang tunai RM30,000 berserta iPad tajaan Astro; sebuah komputer riba Apple Macbook Pro; sebuah iPhone 3G; kamera digital; trofi Imam Muda musim kedua serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Mohd Hassan ketika berucap mendedikasikan kemenangan itu kepada ibu dan arwah ayahnya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas program Imam Muda,” katanya.

Naib juara, Nazarul Izwan pula membawa pulang biasiswa pengajian ke MEDIU, kereta Proton model Pesona; wang tunai RM20,000 berserta iPad tajaan Astro; pakej perabot jati bernilai RM10,000; trofi Imam Muda; komputer riba; sijil penyertaan; kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah lain. Lapan peserta lain menerima biasiswa melanjutkan pengajian ke MEDIU.

Sumber dari Berita Harian.

Jumaat, 1 Julai 2011

IRFAN MAKKI FEATURING MAHER ZAIN - I BELIEVE

Lagu terbaru brother Irfan Makki dalam the latest album beliau 'I Believe'. Hadir sama dalam lagu ni ialah pemuzik Islami yang paling diminati, brother Maher Zain. Memang syok abes la!!! n_n

Isnin, 6 Jun 2011

KILAUAN EMAS - PROGRAM MENGGELAPKAN KUBUR


Tidak cukup dengan program realiti hiburan yang melalaikan seperti Malaysian Idol, Mentor, Akademi Fantasi, One in a Million, dan sebagainya, masyarakat disogokkan pula dengan satu lagi program realiti hiburan untuk golongan berusia senja- Kilaun Emas.

Program ini dijalankan khusus untuk melalaikan golongan berusia senja 45 tahun ke atas bagi tujuan menggelapkan kubur masing-masing. Selain daripada itu, RM20000 dipertaruh sebagai hadiah bagi menggelapkan lagi mata hati golongan berusia senja ini.

Inilah peluang bagi golongan berusia senja untuk menggedik setelah peluang mereka ditutup untuk program realiti hiburan lain. Hidup hanya sekali di dunia. Jadi, peluang menggedik ini seharusnya digarap sebaik mungkin sebelum masuk ke dalam kubur.

Masjid, dakwah, dan majlis ilmu bukan lagi difokuskan untuk dijadikan tempat untuk pergi 'ke sana' setelah umur menjengah ke usia senja. Tetapi golongan ini terus dimomokkan dengan program-program maksiat seperti ini. Sepatutnya, golongan berusia senja ini menjadi contoh kepada generasi belia. Tetapi mereka pula yang menggedik dan melalak tak tentu pasal. 

Selepas ini, melalaklah pakcik, makcik, tok wan, dan opah kita dalam rancangan Kilaun Emas sampai berkilau-kilau gigi emas mereka. Jika anak muda melalak, lazimnya golongan tua yang menegur. Tapi, sekiranya golongan berusia senja ini yang melalak, siapa pula nak menegur? Tambahan pula, golongan berusia senja ini penuh dengan rasa sensitif dan ego apabila ditegur oleh golongan 'berusia hijau'. "Eleh, baru setahun jagung nak tegur aku. Aku makan garam dulu daripada kau!". Inilah ayat yang selalu kita dengar. Ayat yang bernas untuk dijadikan sebagai jawapan adalah, "Patutlah pakcik bodoh. Kecik-kecik makan garam. Kecik-kecik dulu saya minum susu!".

Selepas ini, program apa lagi yang hendak disogokkan? Adakah program realiti hiburan untuk orang yang sedang nazak pula? Masakan tidak, rakyat Malaysia cukup dahagakan hiburan sehingga sedang nazak pun masih dahagakan hiburan. Dan realitinya, sebilangan besar masyarakat tidak dahagakan majlis ilmu dan aktiviti dakwah. Ada sahaja orang berdakwah, dihalang dan dihalaunya orang itu. Tetapi program realiti hiburan cukup dialu-alukan kerana program hiburan di Malaysia masih belum mencukupi, malah perlu ditambah lagi dari semasa ke semasa.

Inilah kebobrokan sistem dan pemerintah sedia ada. Kanak-kanak dimomokkan dengan program Bintang Kecil. Golongan belia, tak payah cakap program apa. Golongan berusia senja dengan Kilauan Emas. Lepas ini, kita saksikan program hiburan apa pula untuk golongan yang sedang nazak.

Pemerintah yang sering mencanang bahawa mereka menegakkan Islam terus membisu seribu bahasa. Tetapi anjing-anjing mereka dilepaskan untuk menghalang golongan yang berdakwah. Para mufti dan ulamak yang digaji oleh pemerintah sekular juga mendiamkan diri. Cukup mudah mulut mereka ditutup dengan wang ringgit dan bau wangi wang kertas.


*****


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

[TMQ Aali 'Imran:185]

Dipetik dari sumber.

KONSERT JUSTIN BIEBER ROSAKKAN AKHLAK MASYARAKAT


Pada bulan April yang lalu, si jambu Justin Bieber datang menggegarkan negara dengan konsert 'My World Tour'. Konsert tersebut telah berjaya merasuk 17000 peminat walaupun harga sangat mahal.

Seramai 17000 berjaya dirasuk oleh budak jambu ini. Entah apa yang istimewa dengan budak jambu ini pun kita tak tahu. Ini bukan ayat dengki, tetapi persoalan yang harus dilontarkan kepada peminat-peminat yang telah berjaya dirasuk dan disihir oleh si jambu ini.

Beginilah masyarakat kita dirosakkan dengan sistem kehidupan yang liberal dan sekular. Masyarakat lebih sayang dan dekat kepada artis-artis walaupun artis ini tidak menjamin syurga dan bahagia di akhirat kelak. Di samping itu, masyarakat terus jauh daripada agama dan terus leka dibuai arus hedonisme.

Peminat yang telah disihir itu bukan sahaja terpekik terlolong melihat si Jambu Justin Bieber. Mereka juga dicampurkan lelaki dan perempuan dalam satu stadium bagaikan rojak. Lebih teruk lagi, rela menonton konsert itu dalam keadaan hujan! Inilah 'pengorbanan suci' para peminat bagi Justin Bieber!

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, kehidupan yang dicatur oleh pemerintah sekular hari ini jelas mempamerkan kerosakan dari segala segi kehidupan. Masyarakat yang rosak terus dicetak dengan terterapnya hukum-hakam sekular. Masyarakat juga terus leka dibuai arus hiburan melampau.

Sekiranya Justin Bieber itu adalah seorang pejuang Islam, sokonglah dia. Tapi sayangnya, dia adalah seorang yang kafir dan sibuk melalaikan umat manusia. Dengan hanya mencipta seorang ikon penyanyi, umat Islam terus leka. Betapa liciknya kaum kafir Barat menyerang pemikiran umat Islam!


Dipetik dari sumber.

Ahad, 5 Jun 2011

ANDA CINTA ALLAH? BACA INI...


Assalamu 'alaykum saudaraku~

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang emel ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH, apabila saya membaca emell ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih-lebih lagi pada waktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat .......

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGHRIB SAHAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan pada waktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada-NYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu di mana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku. (Na'uzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH

Sebarkanlah seandainya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya, aku CINTA ALLAH!!!

Dia ialah sumber kewujudanku dan Penyelamatku.

DIAlah yang menggerakkanku setiap detik dan hari. Tanpa-NYA aku ialah HAMPAS yang tak berguna.

Ini ialah ujian yang mudah.

Kalau anda benar menyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepadamu....

Kirimkan kepada orang.

Sekarang!!! Anda ada masakah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah….... Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang emell agama tetapi kita bangga mem'forward' kan emel yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran, tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK beriman KEPADA ALLAH setelah itu hairan mengapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan apabila seseorang berkata 'AKU BERIMAN KEPADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan emel lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi apabila anda hantar emel mengenai ISLAM, banyak orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan apabila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti sama ada mereka suka atau tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda berasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka dirahmati ALLAH, Amin~


.::Al-Faqir Ila Allah::.

Sabtu, 4 Jun 2011

BOSAN KE KAWAN?


"Bosan la begini, asyik buat benda sama je."

"Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah."

Kalimah 'bosan' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.

Tetapi, hakikatnya kalimah 'bosan' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya HEDONISME . Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.

"Bosannya, internet buat hal la pulak. Banyak la notification nanti tak terbalas."

"Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak."

Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.

Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.

Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ 
قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [al-Baqarah : 30]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [adz-Dzariyat : 56]

Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk berasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Insya-Allah~

Khamis, 2 Jun 2011

REJAB DATANG LAGI!


Alhamdulillah, bulan Rejab datang lagi, yahoo! Kalau nak tau pasal sejarah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ni, just click here.

Hmm, kalau dulu citer pasal kelebihan bulan Rejab, yang asyik kita dok dengar, apa kata ana nak ajak antum baca pasal artikel kali ini, berkenaan bulan Rejab gak, tapi citer pasal hadis palsu yang seringkali didengari bak di ceramah, corong radio, skrin televisyen, post blog (macam kat sini), or whenever. Ok, selamat membaca!

___________________________________________________

Oleh Mohd Shukri Hanapi, Berita Harian Online, 17 Ogos 2005: UMAT Islam ini berada dalam Rejab iaitu bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam. Bagi sesetengah masyarakat Islam, mereka menganggap Rejab adalah bulan teristimewa kerana menyangka mempunyai banyak kelebihan. Sebenarnya tidak thabit dalam hadis sahih yang menyatakan kelebihan Rejab. Cuma bulan ini termasuk dalam salah satu daripada empat bulan yang dilarang berperang padanya selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Tidak dinafikan ada beberapa hadis yang sering kita dengar dalam ceramah dan penulisan mengenai kelebihan bulan ini. Malangnya, kebanyakan hadis itu berkisar sekitar daif, palsu atau tiada sandaran. Antara hadis yang sering digunakan untuk menyatakan kelebihan bulan ini ialah: "Dalam syurga ada sebuah sungai yang bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya akan diberi minum air sungai itu." - Hadis ini sebenarnya bertaraf daif.

Selain itu, hadis berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan, sesiapa berpuasa tujuh hari nescaya ditutup daripada tujuh pintu neraka jahanam. Sesiapa berpuasa lapan hari, nescaya dibuka baginya lapan pintu syurga." - Taraf hadis ini juga daif.

Dalam pada itu ada hadis lagi yang berbunyi "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku." Hadis ini munkar, malah ada sesetengah ulama mengatakan ia hadis palsu, tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan.

Ibnu Hajar al-Asqalani telah berusaha mengumpul mengenai kelebihan Rejab dalam kitabnya, Tabyin al-'Ajaib bima warada fi fadl Rajab. Namun menurut beliau, tiada satu pun hadis sahih yang menyatakan mengenai kelebihan dan fadilat puasa pada Rejab.

Tanda daif atau palsu dalam hadis kelebihan Rejab ketara sekali, terutama apabila menjanjikan pahala yang terlalu besar bagi mereka yang berpuasa atau beribadat padanya. Ulama menyatakan, janji yang terlalu besar tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan kemungkinan hadis itu dusta atau palsu. Bagaimanapun, tiada hadis yang melarang umat Islam berpuasa pada Rejab. Oleh itu, hukum berpuasa sunat dalam bulan ini sama saja dengan berpuasa pada bulan lain, seperti puasa pada Isnin dan Khamis atau tiga hari dalam sebulan

Namun begitu, soal kethabitan atau ketulenan sesebuah hadis perlu diambil kira. Adalah tidak wajar apa saja yang dikatakan hadis terus disebarkan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) ulama hadis terhadap kedudukannya.

Sebenarnya dengan penyebaran hadis palsu seumpama, akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah yang dipelihara dengan begitu baik oleh ulama Islam terdahulu.

Rasulullah memberikan amaran terhadap orang yang berdusta atas namanya dengan ancaman yang berat. Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.

Dalam riwayat lain, Nabi menyebut: "Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ancaman dalam hadis ini merangkumi segala jenis pendustaan dan pembohongan ke atas Nabi sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat atau ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Dalam menghuraikan maksud hadis ini, Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan: "Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi dan semua jenis pendustaan ke atas Baginda."

Dalam Islam, pendustaan atas nama Nabi adalah jenayah amat berat. Dimaksudkan pendustaan atas Nabi adalah menyandar sesuatu perkataan, pengakuan atau perbuatan kepada Rasulullah secara dusta. Nabi langsung tidak ada kaitan dengan perkataan, pengakuan dan perbuatan yang disandarkan kepadanya. Misalnya, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda sesuatu yang Baginda tidak pernah bersabda, berbuat atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.

Sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai hadis atau sunnah. Adapun menyandar sesuatu kepada Nabi secara dusta, bukanlah dikategorikan sebagai hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasarkan apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu' (palsu) atau al-Mukhtalaq (rekaan).

Bukan saja membuat hadis palsu itu hukumnya haram, bahkan meriwayatkannya tanpa menjelaskan kepada pendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah haram dan berdosa. Oleh itu, semua umat Islam wajib memandang berat perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasulullah yang menjadi sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran.

Umat Islam jangan mudah tertipu dengan dakwaan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah, sedangkan ia tidak ada hubungan langsung dengan Baginda. Sehubungan itu, penyebaran hadis daif dan palsu mengenai kelebihan Rejab ini hendaklah dihentikan agar jangan sampai masyarakat melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala, sedangkan dosa besar pula yang diperoleh akibat menyebar dan beramal dengan hadis palsu seperti ini.

Sumber: Minda Super (link tak tau~ n_n)

Jumaat, 27 Mei 2011

PESANAN ANAK MADRASAH


1
Ana cuma seorang anak madrasah
Yang juga ingin menempah
Kejayaan SPM yang bakal menerjah
Juga kepingin mengutip barakah
Hidup sebagai hamba dan khalifah
Senantiasa ikhlas dalam beribadah
Biar ana bisa menjadi khaira ummah
Demi Allah Yang Maha Pemurah

2
Wahai sahabat, mari dengarlah
Nasihat yang ingin ana curah
Semoga dilimpahi rahmat-Nya, Insya-Allah
Allah, Tuhan yang wajib disembah
Pasti akur dengan segala perintah
Lupakan segala yang telah disanggah
Rasulullah perlu dijadikan qudwah
Agar jiwa sentiasa menepati sunnah
Penghayatan dalam sifat mahmudah
Kemungkaran pasti sentiasa dicegah

3
Taatlah kepada ummi dan abah
Memerah keringat penuh gagah
Tanpa mengerti apa itu lelah
Jasa mereka ayuh, balaslah
Dengan hati yang senang dan tabah
Reda Allah juga reda ibu ayah
Supaya syurga tercapai sudah

4
Biarlah iman sentiasa bertambah
Bukan dosa yang didalangi amarah
Bukan juga syaitan si pemusnah
Jika terlalai, ternoda oleh salah
Sujudlah di atas tikar sejadah
Agar akhirat kelak kemurkaan Allah
Bukan menjadi tempias, na'uzubillah

5
Jikalau sudah usaha, doa dan pasrahlah
Tangan yang dikurnia selalulah tadah
Isilah ruhaniah juga jasmaniah
Kejayaan di dunia bukan penyudah
Akhirat yang baqa' itulah jannah
 Oleh itu, ayuh bangkitlah!
Mantapkan ukhuwwah, aqidah, dan syari'ah
Jikalau hidup tak mahu berubah
Nescaya diri aman tak sudah

Hamas Syuja'iy 1432

MAHER ZAIN - FREEDOM

Assalamualaikum ya ashabi!

Alhamdulillah, blog ini kembali dapat 'bertatih' seperti dahulu setelah sekian lama 'tenat'. Sebagai permulaan, ana ingin antum saksikan muzik video terbaru Maher Zain, iaitu Freedom. Enjoy the song n_n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA