Jumaat, 27 Mei 2011

PESANAN ANAK MADRASAH


1
Ana cuma seorang anak madrasah
Yang juga ingin menempah
Kejayaan SPM yang bakal menerjah
Juga kepingin mengutip barakah
Hidup sebagai hamba dan khalifah
Senantiasa ikhlas dalam beribadah
Biar ana bisa menjadi khaira ummah
Demi Allah Yang Maha Pemurah

2
Wahai sahabat, mari dengarlah
Nasihat yang ingin ana curah
Semoga dilimpahi rahmat-Nya, Insya-Allah
Allah, Tuhan yang wajib disembah
Pasti akur dengan segala perintah
Lupakan segala yang telah disanggah
Rasulullah perlu dijadikan qudwah
Agar jiwa sentiasa menepati sunnah
Penghayatan dalam sifat mahmudah
Kemungkaran pasti sentiasa dicegah

3
Taatlah kepada ummi dan abah
Memerah keringat penuh gagah
Tanpa mengerti apa itu lelah
Jasa mereka ayuh, balaslah
Dengan hati yang senang dan tabah
Reda Allah juga reda ibu ayah
Supaya syurga tercapai sudah

4
Biarlah iman sentiasa bertambah
Bukan dosa yang didalangi amarah
Bukan juga syaitan si pemusnah
Jika terlalai, ternoda oleh salah
Sujudlah di atas tikar sejadah
Agar akhirat kelak kemurkaan Allah
Bukan menjadi tempias, na'uzubillah

5
Jikalau sudah usaha, doa dan pasrahlah
Tangan yang dikurnia selalulah tadah
Isilah ruhaniah juga jasmaniah
Kejayaan di dunia bukan penyudah
Akhirat yang baqa' itulah jannah
 Oleh itu, ayuh bangkitlah!
Mantapkan ukhuwwah, aqidah, dan syari'ah
Jikalau hidup tak mahu berubah
Nescaya diri aman tak sudah

Hamas Syuja'iy 1432
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA