Isnin, 6 Jun 2011

KILAUAN EMAS - PROGRAM MENGGELAPKAN KUBUR


Tidak cukup dengan program realiti hiburan yang melalaikan seperti Malaysian Idol, Mentor, Akademi Fantasi, One in a Million, dan sebagainya, masyarakat disogokkan pula dengan satu lagi program realiti hiburan untuk golongan berusia senja- Kilaun Emas.

Program ini dijalankan khusus untuk melalaikan golongan berusia senja 45 tahun ke atas bagi tujuan menggelapkan kubur masing-masing. Selain daripada itu, RM20000 dipertaruh sebagai hadiah bagi menggelapkan lagi mata hati golongan berusia senja ini.

Inilah peluang bagi golongan berusia senja untuk menggedik setelah peluang mereka ditutup untuk program realiti hiburan lain. Hidup hanya sekali di dunia. Jadi, peluang menggedik ini seharusnya digarap sebaik mungkin sebelum masuk ke dalam kubur.

Masjid, dakwah, dan majlis ilmu bukan lagi difokuskan untuk dijadikan tempat untuk pergi 'ke sana' setelah umur menjengah ke usia senja. Tetapi golongan ini terus dimomokkan dengan program-program maksiat seperti ini. Sepatutnya, golongan berusia senja ini menjadi contoh kepada generasi belia. Tetapi mereka pula yang menggedik dan melalak tak tentu pasal. 

Selepas ini, melalaklah pakcik, makcik, tok wan, dan opah kita dalam rancangan Kilaun Emas sampai berkilau-kilau gigi emas mereka. Jika anak muda melalak, lazimnya golongan tua yang menegur. Tapi, sekiranya golongan berusia senja ini yang melalak, siapa pula nak menegur? Tambahan pula, golongan berusia senja ini penuh dengan rasa sensitif dan ego apabila ditegur oleh golongan 'berusia hijau'. "Eleh, baru setahun jagung nak tegur aku. Aku makan garam dulu daripada kau!". Inilah ayat yang selalu kita dengar. Ayat yang bernas untuk dijadikan sebagai jawapan adalah, "Patutlah pakcik bodoh. Kecik-kecik makan garam. Kecik-kecik dulu saya minum susu!".

Selepas ini, program apa lagi yang hendak disogokkan? Adakah program realiti hiburan untuk orang yang sedang nazak pula? Masakan tidak, rakyat Malaysia cukup dahagakan hiburan sehingga sedang nazak pun masih dahagakan hiburan. Dan realitinya, sebilangan besar masyarakat tidak dahagakan majlis ilmu dan aktiviti dakwah. Ada sahaja orang berdakwah, dihalang dan dihalaunya orang itu. Tetapi program realiti hiburan cukup dialu-alukan kerana program hiburan di Malaysia masih belum mencukupi, malah perlu ditambah lagi dari semasa ke semasa.

Inilah kebobrokan sistem dan pemerintah sedia ada. Kanak-kanak dimomokkan dengan program Bintang Kecil. Golongan belia, tak payah cakap program apa. Golongan berusia senja dengan Kilauan Emas. Lepas ini, kita saksikan program hiburan apa pula untuk golongan yang sedang nazak.

Pemerintah yang sering mencanang bahawa mereka menegakkan Islam terus membisu seribu bahasa. Tetapi anjing-anjing mereka dilepaskan untuk menghalang golongan yang berdakwah. Para mufti dan ulamak yang digaji oleh pemerintah sekular juga mendiamkan diri. Cukup mudah mulut mereka ditutup dengan wang ringgit dan bau wangi wang kertas.


*****


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

[TMQ Aali 'Imran:185]

Dipetik dari sumber.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA