Isnin, 6 Jun 2011

KONSERT JUSTIN BIEBER ROSAKKAN AKHLAK MASYARAKAT


Pada bulan April yang lalu, si jambu Justin Bieber datang menggegarkan negara dengan konsert 'My World Tour'. Konsert tersebut telah berjaya merasuk 17000 peminat walaupun harga sangat mahal.

Seramai 17000 berjaya dirasuk oleh budak jambu ini. Entah apa yang istimewa dengan budak jambu ini pun kita tak tahu. Ini bukan ayat dengki, tetapi persoalan yang harus dilontarkan kepada peminat-peminat yang telah berjaya dirasuk dan disihir oleh si jambu ini.

Beginilah masyarakat kita dirosakkan dengan sistem kehidupan yang liberal dan sekular. Masyarakat lebih sayang dan dekat kepada artis-artis walaupun artis ini tidak menjamin syurga dan bahagia di akhirat kelak. Di samping itu, masyarakat terus jauh daripada agama dan terus leka dibuai arus hedonisme.

Peminat yang telah disihir itu bukan sahaja terpekik terlolong melihat si Jambu Justin Bieber. Mereka juga dicampurkan lelaki dan perempuan dalam satu stadium bagaikan rojak. Lebih teruk lagi, rela menonton konsert itu dalam keadaan hujan! Inilah 'pengorbanan suci' para peminat bagi Justin Bieber!

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, kehidupan yang dicatur oleh pemerintah sekular hari ini jelas mempamerkan kerosakan dari segala segi kehidupan. Masyarakat yang rosak terus dicetak dengan terterapnya hukum-hakam sekular. Masyarakat juga terus leka dibuai arus hiburan melampau.

Sekiranya Justin Bieber itu adalah seorang pejuang Islam, sokonglah dia. Tapi sayangnya, dia adalah seorang yang kafir dan sibuk melalaikan umat manusia. Dengan hanya mencipta seorang ikon penyanyi, umat Islam terus leka. Betapa liciknya kaum kafir Barat menyerang pemikiran umat Islam!


Dipetik dari sumber.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA