Sabtu, 5 November 2011

SALAM `IDUL ADHA 1432H



Assalamu `alaykum kepada semua sahabat atau pelayar blog ana yang dirahmati Allah SWT sekalian. Pertama sekali ana ingin memohon berjuta-juta kemaafan kepada antum kerana sudah sekian lama ana tidak meng'update' blog ini. Maklumlah, pelajar asrama. Lebih-lebih lagi ana baru saja usai Peperiksaan Akhir Tahun Selaras SBP Tingkatan Empat 2011 di i-KUPs (cari ler sendiri maknanya). Alhamdulillah, kini tumpuanku di atas kertas berhenti untuk seketika dan kini mencari semula ketenangan yang telah menghilang (cewah~). Justeru, tanpa membuang sama, ana ingin menaburkan madah di sini untuk menguntaikan 'Selamat Menyambut `Idul Adha' kepada semua. Ayuh kita sama-sama mendengar dan menghayati lagu mantap hasil nyanyian brader Irfan Makki, sahabat seperjuangan Maher Zain sempena hari raya yang mulia ini. Jom layan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA