Khamis, 22 Disember 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising

Perempuan, stokin pun kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Confirm tak tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool je

Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pun susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit

Cuba tengok budak lelaki, selamba je

Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je

Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat je sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yang paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan

Siapa yang paling teruk menangis

Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, banyak perempuan yang merajuk dengan Allah

Diorang cakap, Allah tak adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, banyak perempuan kat luar sana yang bebel

Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, "Lelaki tak payah tutup pun!"

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

Masya-Allah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

"Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya"

Kita tak pernah dengar orang cakap:

"Di sebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya"

Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah!

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah-indah hiasan tu ialah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum Adam, hargailah wanita yang sentiasa berada di sisimu. Bimbinglah dia. Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia dari tulang rusukmu. Lindungi dia dari fitnah dunia. Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi... ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA