Ahad, 24 Februari 2013

#104 - VIRUS HARLEM SHAKE!


Dahulu "Gangnam Style",
Kini "Harlem Shake" pula.
Hmm, macam-macam dunia kini~

Virus "Harlem Shake" memang sangat bahaya untuk akhlak umat Islam. Ayuh selamatkan umat Islam Malaysia dan seluruh dunia daripada terus menampilkan akhlak buruk tarian ini di YouTube.


Jangan kerana terasa video LAWAK, kita ketepikan soal AKHLAK. Ya Allah, selamatkanlah iman kami T_T

Daripada Abu Said al-Khudri radiallahu 'anhu berkata, "bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: 'Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.' Sahabat bertanya: 'Ya Rasulallah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?' Nabi SAW menjawab: 'Siapa lagi kalau bukan mereka?'"


(Hadis riwayat Imam Muslim)

Tolong sebarkan~!

Jumaat, 22 Februari 2013

#103 - DIE FOR SOMETHING OR NOTHING?


Setiap orang akan mati.


Die for something, or…
Die for nothing.

1- Ada orang mati berjihad. Sebaik-baik kematian.
2- Ada orang mati melahirkan anak. Sama seperti berjihad.
3- Ada just sekadar mati di jalanan.
4- Ada yang mati sakit tua atau sakit kronik.
5- Ada yang mati kerana …………

Kita tidak boleh pilih tarikh saat kematian,
tetapi kita boleh pilih pengakhiran kita.

Ada ibu merempuh rumah terbakar demi selamatkan anak cucu.
Ada pemuda terjun sungai selamatkan budak lemas.
Ada kanak-kanak melawan tentera Zion sekadar baling batu.

Die for something, or die for nothing.

Aku pula,
Dunia ini masih kugenggam.
Kelak aku ditanam.

Aku boleh pilih cara nak mati, tapi tarikh kematian bukanlah pilihan.

*Guruh Petir ^o^

Khamis, 14 Februari 2013

#102 - MASJID, AKU DATANG!

Sila klik pada gambar untuk pembesaran.


Upsy Daisy, now don’t be lazy,
it’s time to go to the Masjid.
Wash your face up, and pick the pace up,
it’s time to go to the Masjid.

Help your mother to get your brother,
it’s time to go to the Masjid.
It’s a wonderful place to go,
as a family.

We’ll be standing,
all together in prayer.
We’ll meet all our friends
when we are there.

We’ll be standing,
all together in prayer.
We’ll meet all our friends
when we are there.

So, Upsy Daisy, now don’t be lazy,
it’s time to go to the Masjid.
We’ll greet everyone with Salaam
when we’re at the Masjid.

Listen carefully to the Imam,
when we’re at the Masjid.
It’s a wonderful place to go,
made for you and me.

We’ll be standing,
all together in prayer.
We’ll meet all our friends
when we are there.

We’ll be standing,
all together in prayer.
We’ll meet all our friends
when we are there.

So, Upsy Daisy, now don’t be lazy,
it’s time to go to the Masijd.
First we’ll sit and read Qur’an,
when we’re at the Masijd.

Next we pray with everyone,
when we’re at the Masjid.
It’s a wonderful place to go,
a wonderful place to be.

We’ll be standing,
all together in prayer.
We’ll meet all our friends
when we are there.

We’ll be standing,
all together in prayer.
We’ll meet all our friends
when we are there.

Ahad, 3 Februari 2013

#101 - KITA UMAT YANG MAJU!


Pada tahun 1600,

Isaac Newton memerlukan sebiji epal untuk jatuh atas kepala dia secara tidak sengaja untuk menemui teori graviti.

Pada tahun 1000,
Ibnu Al-Haytham menulis berkenaan teori graviti dalam beberapa karya beliau yang berjumlah 200 buku.

Umat Islam menemui teori graviti lebih awal 600 tahun dari Eropah. Kebanyakannya Eropah hanya mencedok ilmu-ilmu dari saintis atau ilmuwan Islam.

*************************

Sejarah telah membuktikan,
Umat Islam adalah maju kerana al-Quran sendiri menceritakan pelbagai perkara futuristik.

Umat Islam akan maju jika berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam akan mendapat rahmat jika kita semua bersatu.

**************************

Saya tak mampu nak kerahkan tenaga saya untuk mengubah umat Islam di Malaysia.

Tenaga saya kecil dan saya hanya mampu buat perubahan di bahagian saya.

Anda seorang pengarah filem? Buatlah cerita berkenaan dengan Islam.
Anda seorang guru? Ajarlah anak bangsa kita akan perilaku Islam.
Anda seorang doktor? Bertugaslah demi kesihatan umat Islam.
Anda seorang kontraktor? Bekerjalah mengikut garis panduan Islam.

Sebiji batu kecil, dilontarkan ke dalam kolam, bergenang airnya sehingga ke tepian. Tapi ombaknya halus.

Beribu-ribu batu kecil, dilontarkan ke dalam kolam. Insya-Allah, kolam itu boleh tertimbus.

Saya perlukan semua daripada kita untuk membuat perubahan dalam diri masing-masing.

Insya-Allah.

*Guruh Petir.

#Unite for Glory!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA