Ahad, 3 Februari 2013

#101 - KITA UMAT YANG MAJU!


Pada tahun 1600,

Isaac Newton memerlukan sebiji epal untuk jatuh atas kepala dia secara tidak sengaja untuk menemui teori graviti.

Pada tahun 1000,
Ibnu Al-Haytham menulis berkenaan teori graviti dalam beberapa karya beliau yang berjumlah 200 buku.

Umat Islam menemui teori graviti lebih awal 600 tahun dari Eropah. Kebanyakannya Eropah hanya mencedok ilmu-ilmu dari saintis atau ilmuwan Islam.

*************************

Sejarah telah membuktikan,
Umat Islam adalah maju kerana al-Quran sendiri menceritakan pelbagai perkara futuristik.

Umat Islam akan maju jika berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam akan mendapat rahmat jika kita semua bersatu.

**************************

Saya tak mampu nak kerahkan tenaga saya untuk mengubah umat Islam di Malaysia.

Tenaga saya kecil dan saya hanya mampu buat perubahan di bahagian saya.

Anda seorang pengarah filem? Buatlah cerita berkenaan dengan Islam.
Anda seorang guru? Ajarlah anak bangsa kita akan perilaku Islam.
Anda seorang doktor? Bertugaslah demi kesihatan umat Islam.
Anda seorang kontraktor? Bekerjalah mengikut garis panduan Islam.

Sebiji batu kecil, dilontarkan ke dalam kolam, bergenang airnya sehingga ke tepian. Tapi ombaknya halus.

Beribu-ribu batu kecil, dilontarkan ke dalam kolam. Insya-Allah, kolam itu boleh tertimbus.

Saya perlukan semua daripada kita untuk membuat perubahan dalam diri masing-masing.

Insya-Allah.

*Guruh Petir.

#Unite for Glory!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA