Sabtu, 2 Mac 2013

#105 - PERLUKAH AKU SERTAI POLITIK?


(Diadaptasi daripada al-faqir Ibnu Fathani)

Wahai pemuda Islam, ingin aku seru sehingga anda mengerti bahawa perjuangan kita adalah dengan menyempurnakan kefahaman umat Islam terhadap Islam itu sendiri. Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya “Sehingga Para PEMUDA Mengerti” sangat menarik untuk kita fahami terutamanya dalam soal politik. Beliau menyebut:

“Setiap orang Islam yang berpandangan tidak mahu masuk campur dalam urusan politik adalah antara dua golongan; sama ada dia tidak memahami Islam, ataupun dia ialah seorang bacul dan pengecut. Kalaulah kita mengikuti pandangan tidak mahu masuk campur urusan politik, kita akan menjadi generasi negatif, dikalahkan, tersilap, tersisih, pengecut, lemah dan mutawakkil (malas berusaha), membiarkan dunia kepada manusia perosak yang akan berterusan menghancurkan, menyebarkan KEZALIMAN di dalam negara (terhadap rakyat sendiri), mengHALALkan segala perkara, dan menafikan kewujudan Tuhan!”

Sheikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan menyebut lagi:

“Adapun jika kamu yang mewajibkan ke atas dirimu dan orang yang mengikuti kamu agar tidak terlibat dalam bidang politik umum bersama orang Islam yang lain, MEREKA TELAH BERDOSA SEBANYAK DUA KALI: Kali pertama kerana tidak menyertai dan tidak berkerja untuk kerja-kerja politik (memenangkan Islam), kali kedua kerana mereka telah menghalang orang lain menyertai dan bekerja untuk melangsaikan kewajipan mereka.”

Namun di sana, terdapat sebahagian orang Islam masa kini yang berkata, “kami sekarang berada pada zaman Makki (sebelum Nabi berhijrah belum ada negara Islam).” Maksud mereka sekarang peringkat pembentukan dan penyucian, bukannya peringkat peperangan dan penentangan. Kita aman saja macam ini. “Maka tidak perlulah kami terlibat dengan politik memandangkan kami masih di peringkat pembentukan.”

Pendapat ini adalah batil dan tertolak sebanyak dua kali:

1) Pada gambaran mereka yang silap terhadap zaman Makki.

2) Pada gambaran mereka yang silap terhadap Islam itu sendiri.

Aku cuma akan jawab yang satu, kalau mereka yang mendakwa zaman Makki itu zaman pembentukan dan penyucian, bukannya zaman penentangan dan perlawanan ternyata itu sangat silap. Seseorang yang mengikuti sejarah Rasulullah SAW dan sahabat radiyallahu ‘anhum pada zaman Makki, akan mendapati bahawa sekeras-keras peringkat penentangan pemikiran dan akidah adalah pada zaman tersebut!

Kalau bukan begitu, kenapa Nabi yang tercinta terdedah kepada penyakitan? Kenapa Bilal, ‘Ammar, Yasir, Suhaib, dan Sumayyah diseksa?! Mengapa Nabi dan orang-orang yang bersamanya berhijrah ke Madinah?!

Pendek cerita, kerana jihad politik. Wahai pemuda Islam, anda sudah mengerti atau tidak lagi tentang salah faham ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA