Khamis, 24 Oktober 2013

#117 - EPAL HARAM DIMAKAN?


Epal haram dimakan? Hang ni biaq betoi? Ops, rilek brader, brader rilek. Sebelum anda terkejut beruk, termuntah, ter apa segala, moh kita baca dulu kisah di bawah ini ye!

Seorang lelaki thiqah (yang boleh dipercayai) menceritakan. Suatu hari aku menunaikan solat Tahiyyat al-Masjid di sebuah masjid di Hayy al-Ulya. Aku terganggu dengan bau rokok dan selepas aku memberi salam, aku terpandang seorang lelaki Mesir yang kelihatan mulutnya hitam akibat kuat merokok. Aku berkata dalam hati, nanti selepas selesai solat aku akan berjumpa lelaki ini dan menasihatinya. Tiba-tiba seorang budak lelaki lebih kurang umur 9 tahun masuk ke masjid dan mendekati lelaki itu lalu berkata:

Budak: Assalamualaikum. Pakcik dari Mesir?

Lelaki: Waalaikumussalam, ya saya dari Mesir.

Budak: Pakcik kenal Syeikh Hamid Keshk?

Lelaki: Kenal.

Budak: Pakcik kenal Syeikh Jadd al-Haq?

Lelaki: Kenal.

Budak: Pakcik kenal Syeikh Muhammad Ghazali?

Lelaki: Kenal.

Budak: Pakcik pernah dengar ceramah dah fatwa mereka?

Lelaki: Ya.

Budak: Bagus. Semua ulama tu mengatakan merokok adalah haram. Jadi 
kenapa pakcik merokok?

Lelaki: (Dengan nada mula marah) Ahhh merokok tak haram laaa.

Budak: Haram la pakcik. Allah dah berfirman yang bermaksud: "Dan Kami haramkan al-Khaba'is (perkara-perkara keji/kotor) ke atas kamu." (Surah al-A'raf: 157). Adakah pakcik akan baca Bismillah semasa mula merokok dan sebut Alhamdulillah bila selesai?

Lelaki: (Dengan nada bongkak) Pakcik nak ayat Quran yang sebut, "Dan Kami haramkan rokok ke atas kamu."

Budak: Rokok haram la pakcik. Sama macam haram makan epal!

Lelaki: (Bertambah marah) Senang-senang ja ka cakap ini halal ini haram.

Budak: Baik. Kalau gitu cuba pakcik bawa ayat Quran, "Dan Kami halalkan makan epal!"

Lelaki itu tersentak seketika dan tidak lagi mampu membalas kata-kata budak tersebut lalu lelaki itu menangis. Ketika solat didirikan, lelaki itu masih menangis. Usai solat, lelaki itu berpaling kepada budak tersebut dan berkata, "Demi Allah, anakku. Aku takkan hisap rokok lagi dalam hidupku!"

Wallahu a'lam. Semoga sama-sama kita dapat mengambil ibrah daripada kisah yang telah disebut sebentar tadi, Insya-Allah~

Selasa, 22 Oktober 2013

#116 - THE DEEN OF ISLAM HAS BEEN PERFECTED


1424 Years

A Jew said to Umar radhiyallahu anhu: O Amirul Mukminin, there is ONE VERSE which you read in Al-Qur'an, if that verse is revealed to us the Jew, then we will make that day as our Eid (big day).

Umar radhiyallahu anhu said: Which verse?

That Jew said:

اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا
In this day, I have perfected your DEEN, and I have perfected MY BLESSINGS and I have pleased ISLAM as your DEEN (religion). [Al-Maidah: 3]

Umar radhiyallahu anhu said: We know the day and the place where this verse revealed to the Prophet shallallahu alaihi wa sallam. The verse was sent down when the Prophet was in ARAFAH in the day of Jumu’ah. [Muttafaqun Alaih]

Hold tide to the DEEN of ISLAM that has been pleased and perfected by Allah taala since 1424 years ago.

The deen of Islam has been perfected.
The deen of Islam has been perfected.
The deen of Islam has been perfected.

Remember that an affair or issue that is not from ISLAM 1424 years ago, then it will not be from Islam today.

O Allah, the God that turns the hearts, make our heart steadfast in your deen and obedience to YOU.

P/S: Please pray for my success in Malaysian University English Test (MUET), okay? Thanks! ^_^

Isnin, 14 Oktober 2013

#115 - PERUTUSAN 'IDUL ADHA 1434H MURSYIDUL AM PAS


PERUTUSAN IDUL ADHA 1434H
YANG BERHORMAT TUAN GURU DATO BENTARA SETIA AL-MURSYIDUL AM PAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.

Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.

Allahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar.

Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk kita terus bernafas di bumi ini dan dapat menyambut kehadiran satu lagi Hari Raya di dalam Islam iaitu Idul adha untuk tahun 1434H. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini merupakan kesempatan yang wajib untuk kita syukuri dan diiringi dengan amal soleh tanda ketundukan kita sebagai hamba kepadaNya.

Iduladha sinonim dengan ibadah korban. Korban merupakan istilah bahasa arab Qurbaan yang bermaksud dekat. Ia bermaksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Setiap ibadat korban hakikatnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika tidak berlaku demikian, ia bukan ibadat korban sekalipun dinamakan dengan korban.

Nabi Ibrahim alaihissalam memulakan sunnah korban ini apabila bermimpi menyembelih anaknya sendiri. Bagi orang awam, mimpi demikian barangkali akan diabaikan begitu sahaja dan akan mudah dianggap sebagai mainan tidur. Bahkan yang jelas merupakan perintah Allah SWT pun diperlekehkan apatah lagi jika hanya mimpi yang belum tentu kesahihannya.

Tetapi tidak bagi Nabi Ibrahim alaihissalam yang merupakan seorang nabi. Baginda tahu mimpi tersebut merupakan perintah daripada Allah SWT lantas dilaksanakan secepat mungkin sekalipun ia amat berat bagi seorang bapa untuk menyembelih anaknya. Ini pengorbanan yang besar yang dilakukan oleh baginda yang membuktikan dekatnya baginda dengan Allah SWT. Dengan rahmat Allah SWT, anaknya yang sepatutnya disembelih ditukarganti dengan seekor binatang sebagaimana yang disebut kisahnya di dalam al-Quran.

Falsafah inilah yang wajib dihayati oleh umat Islam pada hari ini. Ibadah korban yang disyariatkan sewaktu seluruh Jemaah haji berkumpul di Padang Arafah membuktikan kebersamaan kita dengan para hujjaj di Tanah Suci. Di Padang Arafah, Jemaah haji dari seluruh dunia yang jutaan bilangannya berwukuf sebagai menunaikan syarat sah ibadah haji. Wukuf tidak perlu sebarang bacaan dan perbuatan khusus. Ia hanya sekadar duduk. Tetapi duduk itu mempunyai nilai yang sangat besar. Dari seluruh dunia dengan perbelanjaan yang begitu besar, jemaah haji bersesak di Padang Arafah hanya untuk duduk menunjukkan pengorbanan yang sangat tinggi bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tiada ideologi atau agama selain Islam yang mengiktiraf duduk sebagai satu ibadah melainkan Islam yang mengira duduk di Arafah sebagai satu ibadah. Ini menandakan keluasan rahmat daripada Allah SWT.

Di luar Tanah Suci, umat Islam yang tidak berwukuf disyariatkan menyembelih korban. Bagaimanapun, perlulah diingat bahawa korban ini bukanlah hanya sekadar menumpahkan darah dan membahagikan daging, lebih tinggi dari itu ia merupakan lambang taqwa kita kepada Allah SWT. Tanpa disertai dengan niat yang ikhlas, ia tidak akan bernilai di sisi Allah SWT.

Justeru, orang yang berkorban tidak boleh sama sekali di dalam masa yang sama menjadi pelaku maksiat. Orang yang berkorban tidak boleh melakukan rasuah, orang yang berkorban tidak boleh mengkhianati amanah, menindas, melakukan kezaliman dan sebagainya. Jika ada orang yang berkorban tetapi di dalam masa yang sama bersekongkol dengan kezaliman menentang perjuangan Islam, wajib ke atas dirinya melakukan audit semula ke atas ibadah korban yang dilakukan.

Audit yang dilakukan oleh kita sendiri ke atas amalan diri sendiri amatlah berguna sebelum tiba masanya kita tidak boleh lagi melakukan sebarang amalan. Ini kerana, malaikat juga turut melakukan audit ke atas amalan kita. Malaikat tidak berbohong dan tidak boleh dirasuah. Jangan menunggu laporan audit kita dibentangkan di akhirat barulah kita merayu-rayu untuk merangkak balik semula ke dunia, Nauzubillah.

Justeru, marilah kita sama-sama menjadikan Iduladha yang disambut pada tahun ini sebagai satu titik tolak untuk kita terus maju ke depan meningkatkan mutu pengorbanan kita agar kita termasuk di kalangan hamba-hamba Allah SWT yang dirahmati, Insya-Allah.

Sekian, wassalam.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
6 Zulhijjah 1434H

Dipetik daripada sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA