Khamis, 24 Oktober 2013

#117 - EPAL HARAM DIMAKAN?


Epal haram dimakan? Hang ni biaq betoi? Ops, rilek brader, brader rilek. Sebelum anda terkejut beruk, termuntah, ter apa segala, moh kita baca dulu kisah di bawah ini ye!

Seorang lelaki thiqah (yang boleh dipercayai) menceritakan. Suatu hari aku menunaikan solat Tahiyyat al-Masjid di sebuah masjid di Hayy al-Ulya. Aku terganggu dengan bau rokok dan selepas aku memberi salam, aku terpandang seorang lelaki Mesir yang kelihatan mulutnya hitam akibat kuat merokok. Aku berkata dalam hati, nanti selepas selesai solat aku akan berjumpa lelaki ini dan menasihatinya. Tiba-tiba seorang budak lelaki lebih kurang umur 9 tahun masuk ke masjid dan mendekati lelaki itu lalu berkata:

Budak: Assalamualaikum. Pakcik dari Mesir?

Lelaki: Waalaikumussalam, ya saya dari Mesir.

Budak: Pakcik kenal Syeikh Hamid Keshk?

Lelaki: Kenal.

Budak: Pakcik kenal Syeikh Jadd al-Haq?

Lelaki: Kenal.

Budak: Pakcik kenal Syeikh Muhammad Ghazali?

Lelaki: Kenal.

Budak: Pakcik pernah dengar ceramah dah fatwa mereka?

Lelaki: Ya.

Budak: Bagus. Semua ulama tu mengatakan merokok adalah haram. Jadi 
kenapa pakcik merokok?

Lelaki: (Dengan nada mula marah) Ahhh merokok tak haram laaa.

Budak: Haram la pakcik. Allah dah berfirman yang bermaksud: "Dan Kami haramkan al-Khaba'is (perkara-perkara keji/kotor) ke atas kamu." (Surah al-A'raf: 157). Adakah pakcik akan baca Bismillah semasa mula merokok dan sebut Alhamdulillah bila selesai?

Lelaki: (Dengan nada bongkak) Pakcik nak ayat Quran yang sebut, "Dan Kami haramkan rokok ke atas kamu."

Budak: Rokok haram la pakcik. Sama macam haram makan epal!

Lelaki: (Bertambah marah) Senang-senang ja ka cakap ini halal ini haram.

Budak: Baik. Kalau gitu cuba pakcik bawa ayat Quran, "Dan Kami halalkan makan epal!"

Lelaki itu tersentak seketika dan tidak lagi mampu membalas kata-kata budak tersebut lalu lelaki itu menangis. Ketika solat didirikan, lelaki itu masih menangis. Usai solat, lelaki itu berpaling kepada budak tersebut dan berkata, "Demi Allah, anakku. Aku takkan hisap rokok lagi dalam hidupku!"

Wallahu a'lam. Semoga sama-sama kita dapat mengambil ibrah daripada kisah yang telah disebut sebentar tadi, Insya-Allah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA