Isnin, 12 Mei 2014

#126 - KELIRU


Keliru.

Buntu.

Dilema.

Runsing.

Bingung.

Ya, begitulah keadaan yang sedang saya alami sekarang ini. Bagaimana mungkin tidak?

Keliru 1 : UM Oh UM

Sebelum saya memulakan bicara, saya ingin mendeklarasikan dengan bangganya di sini bahawa saya ialah salah seorang pelajar Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIDS) sesi 2013/2014/2015. Ok kita start. Sekitar awal bulan April yang lalu, saya mendapat maklumat berkenaan tarikh kemasukan ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) a.k.a pendaftaran pelajar baharu Asasi adalah pada hari Ahad 25 Mei 2014. Sumbernya adalah seperti berikut:


Berdasarkan tarikh-tarikh penting UPU yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa tarikh yang tertera ialah 25/05/2014. Tapi tapi tapi, maklumat masih belum rasmi ye, sebab tarikh-tarikh di atas berkemungkinan boleh diubah pada bila-bila masa saja. Kemudian, sama ada pihak Universiti Malaya (UM) atau pihak KPT pun belum hantar surat rasmi lagi mengenai benda alah ini. Emak dan ayah pula sering saja bertanyakan soalan "bila masuk PASUM?" padahal saya pun tak tahu bila tarikh rasminya, tapi macam biasa saya jawab je "25 Mei, hari Ahad." Nanti kena tanya balik, "UM dah hantar surat ke?" Aduh, susahnya nak terangkan! Jadi, mahu tidak mahu, saya hanya berpegang teguh pada tarikh 250514 ini sehingga surat rasmi daripada pihak UM atau KPT singgah di mailbox rumahku yang tercinta. Sahabat-sahabat se-APIDS saya pun mungkin berpandangan begitu.

Ok, bukan point tu sebenarnya yang saya nak cerita. Masalahnya sekarang ini ialah semalam (11/05/2014) ada seorang sahabat ajnabi APIDS saya ni ada post something di group APIDS 2013/2014 yang telah membuka kembali pintu-pintu kekeliruan di dalam jiwa sanubari ini.


Apa? 24 Mei 2014? Dua puluh empat la pulak, dush! Then, saya dapat maklumat terkini daripada senior, katanya maklumat terkini daripada Pembantu Pelajar (PP) Minggu Haluan Siswa (MHS) PASUM mengatakan pelajar Sains Fizikal 23hb manakala Sains Hayat 24hb. What?

23 ke 24 ke 25? 23 ke 24 ke 25 woi? Konspirasi betul. Hal ini ditambah pula dengan surat cinta UM yang tak kunjung-kunjung tiba ke bibir peti surat rumahku (sehingga entry ini ditulis). Entah bila nak sampainya. Kemudian, saya mendapat maklumat yang mengatakan bahawasanya kami pelajar APIDS perlu menelefon sendiri pihak UM Nilam Puri untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan PASUM. Ada pulak desas-desus yang mengatakan pernah ada kes yang berlaku pabila surat UM baru je sampai rumah ketika pelajar tersebut telah mendaftarkan diri di PASUM. Ah, sudah! Busuk sungguh hidup rasanya kalau macam ini punya sistem. Prinsip saya, selagi tak dapat maklumat rasmi, selagi tu saya tak nak percaya bulat-bulat. Percaya sikit-sikit tu boleh la kot, eh.

Tapi kan, masalahnya kan, daripada duduk sibuk fikir bila tarikh masuk PASUM, kenapa saya tak siapkan dan sediakan diri saya secukupnya (akademik, rohani, jasmani) untuk masuk sana nanti? Ya Allah, kenapalah dengan diri saya ni T_T

Keliru 2 : APIDS Oh APIDS

Hari ini (12/05/2014), jam 11.20 pagi tadi, telefon pintar saya berbunyi notification dengan cerianya. Oh, ada mesej! Saya ingatkan mesej itu mesej yang gembira sesuai dengan gembiranya bunyi telefon saya. Penghantarnya pula ialah Timbalan Setiausaha saya dalam APIDS. Ya, dia perempuan. Namun, tatkala saya menatap isi mesej tersebut, hati saya, err...

"Assalamualaikum. Di sini saya nak utarakan agar organisasi APIDS semester dua tamat. Kalau tak nak pun, harap dapat tukar S/U akhawat ni. Ini adalah untuk kepentingan APIDS yang akan daftar masuk PASUM ni. Ini ialah harapan saya. Saya serius ni. Harap dapat dipertimbangkan. TQ."

(Speechless) Apakah konspirasi yang cuba kauperbuat wahai timbalanku? Argh, tak boleh jadi ni! Jadi, saya forwardkan mesej tersebut kepada Tuan Presiden APIDS dan Timbalannya bagi memohon pendapat. Respon Timbalan Presiden (perempuan) agak baik. Ok, dia tengah berbincang dengan timbalan saya. Jadi, sama-sama kita nantikan keputusannya. Malangnya, respon Presiden agak menyedihkan kerana dia juga bersetuju dengan mesej tersebut dan dia juga tidak mahu menjadi Presiden lagi! What?! Kenapa dikau wahai Presidenku? Argh, belum masuk PASUM lagi dah pening.

Ok, sekarang ini ialah fasa pujuk-memujuk. Apa-apa keputusan akan diberitahu kemudian. May Allah ease, ameen.

Keliru 3 : Hidup Oh Hidup

Saya terserempak dengan satu kata-kata ketika saya sedang melayani 'Aku Hamasah As-Syabab' dengan nikmatnya.

"Everyone wants to go to Heaven, but no one wants to die. Irony much."

Saya terpaku. Berfikir. Ah, sangat benarlah kata-kata itu! Ya, bila difikir-fikirkan hidup di dunia ini, dengan banyak masalah yang timbul, kerosakan yang bermacam-macam, fitnah yang berbagai-bagai; hati saya meronta-ronta mahu dicabut, dibuang, dan dijauhkan sungguh-sungguh dunia dari hati ini. Saya sedih. Buntu. Keliru. Dilema. Saya berasakan yang saya mahu cepat-cepat mati saja dan dapat menikmati nikmat syurga-Nya.

Tapi tapi tapi, bila difikirkan semula, layakkah saya untuk menjadi salah seorang penghuni syurga-Nya? Dengan amalan soleh yang masih ciput, dosa dan maksiat yang bertimbun-timbun, taubat yang masih tertangguh, amanah yang masih tak selesai, adakah saya layak untuk menerima nikmat syurga-Nya dengan begitu saja? Allahu T_T

"Ya Allah, sesungguhnya perjalanan hamba-Mu ini masih jauh. Engkau tidak menghidupkan daku di atas muka bumi ini melainkan ada sebabnya."

Yup, Allah mengizinkan saya untuk hidup lagi kerana Dia mahu saya melakukan sesuatu. Sesuatu yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat, dan ummah keseluruhannya. Sesuatu yang luar biasa yang perlu saya buktikan untuk menggapai reda-Nya sebelum saya kembali ke sisi-Nya.

Ya, saya perlu bertindak! Eh, bukan! Saya dan anda! Cukuplah segala kekeliruan dan kekusutan ini! Setiap kesusahan pasti ada kemudahan!


Ops, paling penting, jangan kata-kata ini hanya retorika semata-mata. Agama bukan kata nama, tapi lebih kepada kata kerja. Jadi, sekian saja tiga buah keliru saya pada kali ini. Ayuh bergerak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA