Jumaat, 13 Februari 2015

#137 - BELASUNGKAWA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ...


ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

Sama dengan malam kesyahidan Imam Hasan al-Banna. Malam yang barakah.

Jadilah kita seperti Abu Bakar yang mengingatkan ummat perjuangan wajib diteruskan walau setelah kewafatan Nabi.

Jadilah kita seperti Umar al-Khattab yang mengingatkan umat setelah wafatnya Ar-Rasul betapa kritikal tanggungjawab kita mempunyai dan mengekalkan khilafah.

Jadilah kita seperti tentera Usamah yang kekal berada di ribat perjuangan Islam walau mendapat berita sedih pemergian pemimpin mereka, kekasih Allah.

Teringat ketika perginya Al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor, Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengingatkan kita :

"Kita mungkin kehilangan pemimpin. Tetapi kita tidak akan kehilangan kepimpinan."

Terus menyambung amanah. Al-Fatihah buat Tuan Guru Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.

إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه. T-T

Info gambar: Inilah satu-satunya saat manis yang saya ada bersama Tuan Guru. Semoga tenang di sana wahai Tuan Guru. Kami juga bakal mengikuti jejak langkahmu suatu hari nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA TINGGALKAN ULASAN ANDA